Post kali ini sya nak sampaikan cara @ teknik utk menyemai benih cili... Biji benih yg di gunakan adalah jenis hibrid F1..Berikut adalah klasifikasi cili
-Alam =Plantae
-Divisi =Spermatophya
-Subdivisi=Angiospermae
-Kelas =Dicotyledoneae
-Subkelas= Sympetalae
-Susunan =Tubifflorae
-Keluarga=Solanaceae
-Genus =Capsicum
-Spesis = Capsicum annum L
Cili hibrid terhasil dari kacukan 2 induk cili yg melalui proses titisan tulen & meiliki sifat yg baik. I bertujuan utk mendapatkan tanaman cili baik dari segi buah cili potensi hasil,daya tahan penyakit,tahap kepedasan,ketahanan terhadap serangan hama & serangga perosak malahtoleransi terhadap ancaman cuaca.
Sifat baik cili hibrid adalah seperti berikut
-Pertumbuhan & usia tuaian adalah lbih cepat
-Kualitinya lebih bagus berbanding cili biasa
-Keseragaman tanaman & buah yg baik sehingga mampu menembusi pasaran di dalam & luar negara
-Jangka masa proses penuaian yg lama
Kelemahannya
-Kos lebih tinggi
-Biji benih generasi F2,F3 dan seterusnya tidak boleh di tanam kerana kualiti & kuantitinya menurun kerana ia tidak sebaik induknya F1.
Biji benih cili yg di beli selalunya telah tersedia dgn racun kulat.Ia boleh di semaian di dalam dulang semaian(multi pots) yg berisi peatmoss sbgai medim semaian di mana mempunyai daya pegangan air & udara yg baik.PH medium mstilah antara 5.5-6.5.Bagi medim semaian penggunaan peatmoass adalah yg terbaik contohnya yg berada di pasaran sphagnum moss yg lgkap dgn nutrien & kapur antara kebaikannya:
-Mengekalkan kelmbapan
-mengelakkan damping off
-peat yg telah di steril dpat menghalang pembiakan virus fusarium
-Menggalakkan pertubuhan akar
-Kurang kejutan semasa pemindahan anak benih ke ladang
-Tidak perlukan siraman yg kerap
Berikut adalah langkah-langkah penyemaian biji benih
-Peatmoss yg di gunakan hendaklah di padatkan di dalam multi pots..
-Biji benih hendaklah di tanam sedlam 1cm setiap lubang dgn menggunakan kayu halus..
-Biji benih hendaklah di letakkan di bawah lindungan hujan serta di lindungi jaring 50% cahaya
-Pastikan bahan media tidak kering siram 1 @ 2kali sehari bergantung pada kekeringan bahan medium.Jgn terlalu banyak air kerana akan menyebabkan biji benih menjadi busuk & jgn pula terlalu kering ia akan menyebabkan biji benih tidak becambah..
- Setelah peringkat 10hari perlu di siram dgn air baja pada kadar 1:200(1lter baja:200lter air)
-Rawatan racun kulat & serangga perlu di laksanakan dgn kadar rendah
-Anak benih cili yg sihat boleh di pindah ke dalam polybag berusia 30-35hari dgn mempunyai beberapa helai daun(anggaran 5-8helai) adalah sesuai.
Nantikan post berikutnya bagaimana utk memindahkan anak benih cili ke polybag...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment