Social Icons

Tuesday, 20 November 2012

Cili Fertigasi & Teknik Penanaman:Part 2 Pengenalan Fertigasi

Post kali neh sya nak menyampaikan apa itu fertigasi & penyediaan pada peringkat permulaan... Fertigasi adalah sistem yg sama dgn hidroponik yg pada masa dahulu trknal di skolah-skolah... Bnyak skolah-skolah rendah buat projek hidroponik & adakah sistem fertigasi akan menerima nasib apa yg berlaku pada hidoponik?

1. Hidroponik adalah sains tanaman tanpa tanah tetapi menggunakan bahan langai iaitu air dgn di bekalkan dgn larutan baja

2. Fertigasi adalah sistem penanaman yg lbih mudah & ringkas berbanding dgn hidroponik... Ini bermakna ia adalah sama iaitu sistem yg mggunakan air @ bahan langai sprti sbut kelapa,sekam padi bakar,habuk kayu,pasir,batu kelikir bahan yg sudah di proses seperti perlit,vermikulat @ punis sbgai medium tanaman tanpa melibatkan tanah... Medium ini akan di bekalkan dgn larutan nutrient yg di perlukan oleh tumbuhan.

3. Kebaikan Sistem Fertigasi
-Tidak perlu kawasan yg luas
-Masa penanaman yg pendek
-Kurang beban kerja berat
-Mudah kawalan penyakit & perosak
-Hasil yg tinggi
-Tiada di pengaruhi oleh musim

4. Keburukan
-Kos Tinggi
-Perlu Pengetahuan
-Perlu kemudahan asas
-sumber air yg berkualiti

4. Ciri-ciri pemilihan tapak
-Pendedahan kepada cahaya
-elakkan kawasan angin yg kencang
-sumber air yg mencukupi & berkualiti
-Elakkan memilih kawasan yg berdekatan dgn kawasan sawah padi kerana kos rawatan meningkat kerana kesan racun dari swah padi.Kerosakan anak cili shingga 100% boleh berlaku jika tidak di kawal & di rawat.. Bagi yg baharu mencuburi dalam bidang cili fertigasi fikir dahulu sblm membuat keputusan utk menjalankan projek cili fertigasi di kawasan sawah padi yg masih aktif di jalankan.

5. Rumah perlindunagn hujan..
-Ia adalah baik ketika musim hujan kerana cili sngat sensitif dgn air yg mengenai buahnya.. hujan yg lebat & angin yg kencang boleh merosakkan dahannya kerana dahan pokok cili mudah patah dlam keadaan sjuk & lembab
-Rumah perlindungan hujan penting untuk memastikan tuaian dapat di lakukan pada musin hujan malah tuaian kurang terjejas & kos rawatan juga dapat di kurangkan..
-Baja & racun kimia lebih berkesan
-melindungi pokok dari cahaya terik
-Walaubagaimanapun kos untuk pembinaan rumah pelindungan hujan adalah tinggi terutama sekali struktur rangkanya di buat daripada besi G.I... So cuba pertimbangkan untuk kurangkan kos dgn cara menggunakan bahan lain utk rmah prlindungan hujan bagi yg baharu dalam bidang ini janji pokok tak kena hujan...

6. Pengairan
-Menggunakan sistem pengairan mikro jenis titisan kerana ia merupakan kaedah pemberian air kepada tnaman  dalam tempoh yg lebih kerap dgn kadar@isipadu menghampiri kadar penggunaan tanaman tersebut
-Tumbuhan perlukan kelembapan utk perkembangan & proses berbunga yg optimum.
-Kualiti air boleh mempengaruhi kejayaan sesuatu projek.
-PH air perlu di ketahui sblm membangunkan sesuatu projek.
-Pastikan paras galian tidak terlalu tinggi
-Patikan air tidak terlalu berasig & tidak terlalu berakali
-Air yg berasid nutrelkan dgn kalium hidrosida
-Air yg berakali nutrelkan dg asid sulfat,asid nitrate

7. Komponen mikro utk 100pokok cili fertigasi iaitu
-Tangki poly 100gal
-Pump air 1"
-Valve 1"
-Pelampong 1"
-outlet & inlet system PVC 1"
-Poly pipe (sumber tangki) 1"
-Jointner
-Poly pipe LDPE 16mm
-Poly pipe LDPE 4mm
-Drip Pen 140mm
-Joiner 4mm
-Filter
-valve 16mm
-Tee 16mm
-socket reduser 32mm to 16 mm

8. Segala komponen adalah utk tanaman 100pokok.. jika ada apa -apa tambahan @ cadangan sila lah komen sya amat mengalukan supaya ramai yg dpat mengetahui dgn lbih terperinci... Nantikan post akan datang utk semaian biji benih cili hibrid...






No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text