Penjagaan. Itu adalah tajuk post kita kali ini... Penjagaan yg baik utk mndapatkan hasil yg optimum Ia trdiri daripada pegantian anak benih,pemangkasan,membantu pendebungaan, & pengurusan sistem pengairan serta pemberian baja susulan.
1- Penggantian anak benih
Kebarangkalian utk anak benih mati juga ada.Ia mgkin brlaku di sbabkan dari suhu yg tinggi & juga boleh berlaku di sebabkan penggunaan media tanaman yg mdah pecah terutama sekali ketika pemindahan anak benih ke dalam polybag yg mengakibatkanpekembangan akarnya terganggu. Tanaman yg mati akan mengurangkan purata jumlah kesuluruhan tanaman Pegantian di lakukan utk memastikan jumlah pokok cili tidak berkurang wlaupn ada kematian. ia perlu di lakukan antara 7-14hari menanam anak benih. Anak benih yg hendak di jadikan peganti mestilah di bezakan 7-10hari setelah penyemaian anak pokok di lakukan
2- Pemangkasan
Membuang tunas air di perlukan & selalunya para petani selalu mengabaikannya setiap hari. Ia bertujuan untuk mndapat satu batang utama kerana dgn mengekalkan 1batang utama ia akan memanjangkan jangka hayat pokok & buah lebih besar serta sekata pembesarannya. Ia perlu di lakukan sejak dari tapak semaian lagi. daun tua juga perlu di buang kerana ia erpenyakit & tidak mampu membantu membuat makanan.
3-Membantu pendebungaan.
Bagi tanaman cili ia boleh melakukan pendebungaan sendiri.Tetapi jika poko di tanam di kawasan kalis serangga kebanykan bunga akan gugur maka tidak berlaku pendebungan. penggunaan lebah kelulut di dalam rmah kalis serangga meningkatkan bilangan buah cili di MARDI langkawi
4-Pengurusan sitem pengairan & pembajaan
Pemberian larutan baja mestilah di lakukan mengikut masa yg di tetpkan. Tempoh masa penitis tidak perlu panjang utk mghalang pembaziran baja iaitu lebih kurang 5-6minit bagi setiap 2jam di siang hari. dalam tempoh ini pokok akan menerima lbih kurang 100-150ml larutan baja.Pastikan pemeriksaan paip di lakukan setiap masa kerana penitis mudah trsumbat . Ia di sbabkan kandungan garam mineral di dalam baja menjadi tepu. Buat pemeriksaan pada jam 10.00am-11.00am. Selalunya pucuk muda akan layu jika tiub tersunbat .Cabut tiub spageti & brsihkan. Bilaskan medium tanaman dgn air brsih sblm pengisian laruran bja ke dlm tangki.
Formula Baja
FORMULA A
-Kalium Nitrat = 10580g
-Zat Besi (EDTA-Fe-Lo) = 190g
FORMULA B
-Kalium Hidrogen Fosfat (MKP) =2220g
-Magnesium Sulfat (Bittersalt) =4030g
-Potasium Nitrat (PN) =6600g
- T Mangan Sulfat (EDTA-Mn) =17g
-T Zink (EDTA Zn) =14.5g
-Copper Sulfat (EDTA -Cu) =1.9g
-AMN Molidate =1.2g
Asic boric =28.5g
Setiap jenis baja di timbang berasingan. & di letakkan di dalam beg berasingan!!
FORMULA A
Bancuh baja ke dalam tong A yg berisi 100liter air bersih kacau shingga sebati. bacaan EC meter -17.80
FORMULA B
Masukan baja ke dalam tong B yg berisi air bersih 100liter kacau shingga sebati. Bacaan EC meter -1.0
Untuk Siraman
-Isi air bersih ke dlm polytank 600gal . masukkan 23liter larutan baja fomrla A & 23liter larutan baja fomurla B ke dalam polytank yg berisi air 600gal tadi kacau hingga sebati (di dlm bekas yg sama).. bacaan EC meter -2.3
Di atas adalah salah satu formula baja yg saya ada.. Kata orang lain padang lain belalang mlah cikgu saya di penang tak tibang dah masuk ja sebab dah berpengalaman bagi yg bahru lgi jgn cuba mcm tu sbab baja mahal lagipon terlebih baja berbahaya.. Saya tahu ramai yg tercari-cari formula baja so neh la salah satu yg sya ada... Bagi sya sampai di post neh dah boleh mula menanam tapi jgn ingt kutip hasil pkra mudah kalau tak tahu apa-apa boleh patah dahan & poko! Kalau nak tahu bagaimana caranya nantikan post sya yg seterusnya Pengutipan hasil & Pasaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment