Post kali ini saya hendak membincangkan berkenaan penanaman anak pokok cili fertigasi. Penanaman cili perlu di titik beratkan waktu penanaman yg tepat supaya dapat menyesuaikan waktu ketika penuaian dgn harga pasaran .... Untuk menentukan waktu penanaman yg tepat kita perlu meneliti fasa pertumbuhan tanaman cili yg akan di tanam .. Perkara yg perlu di ambil kira adalah umur tanaman ketika mula berbunga,masa pembungaan,penuaian pertama & kekerapan penuaian..
Lubang di buat 1-2hari sebelum anak pokok di tanam. Anak pokok yg hndak di dalam polybag hndaklah sihat & sudah berusia 25-35hari dgn mempunyai beberapa hlai daun (anggaran 5-8helai).. Anak pokok yg terlalu muda akan menyebabkan tekanan kepada pokok manakala anak pokok yg telalu tua akan menyebabkan pertubuhan terbantut @ stagnasi.
Penyediaan beg tanaman @ polybeg yg biasanya di gunakan adalah berukuran 45cm panjang & 15cm lebar. Selalunya bagi pengalaman sya beg bewarna putih di gunakan untuk mengurangkan peningkatan suhu di dlam cocopeat iaitu medium tanaman. 2-2.5kg cocopeat lembap untuk setiap polybeg & 3-4lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja di buat di kiri & kanan polybeg menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5-5cm dari aras tanah. Kerja ini di lakukan pada sehari selepas menanam.Bagi mengukuhkan medium supaya pokok cili tidak mudah terbalik terutama ketika angin kencang campurkan cocopeat beserta sekam padi bakar & sedikit pasir..
Anak-anak pokok di tanam sekali dgn plug peatmoss. Pastikan medium sentiasa lembab.. Jgn biarkan medium kering kerana ia akan mengakibatkan pembentukan bunga & buah akan terjejas malah lebih teruk lagi tidak akan mengeluarkan hasil. Manakala bagi medium yg terlampau banyak air ia akan membantutkan pertumbuhan akar & pekembangan tumbuhan menjadi tidak normal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment